SELAMAT DATANG KE SMK AGAMA SIMPANG LIMA SUNGAI BESAR SELANGOR.

Sabtu, 24 April 2010

TERBANG KE ANGKASA...

renungan tajam si juara??
Pada 24/4/2010 telah diadakan Pertandingan Pelancaran Roket yang melibatkan tingkatan 4 sempena minggu Sains dan Matematik. Seramai 13 kumpulan yang terdiri dari 2 orang setiapnya telah bertanding. Dengan kretiviti dan inovasi setiap kumpulan telah memperlihatkan hasil yang boleh dibanggakan.

hukum Newton pertama? kedua??ketiga???
Setiap kumpulan dimintan untuk mereka 2 buah roket; roket sasaran (target) dan payung terjun (parachute).

bahan utama untuk membuatnya adalah botol minuman bikarbonat 1.5 l. pelbagai bentuk telah terhasil dari idea peserta sendiri.

aktiviti ini adalah aplikasi apa yang dipelajari oleh pelajar dalam subjek sains khususnya FIZIK

hasilnya diterjemahkan selepas roket dilancarkan...
ada yang menepati sasaran...ada jugak yang tersasar




Bekas peserta pertandingan roket botol peringkat daerah tahun 2009 , Ibnu Sina dan Izzudin (5M) juga tidak ketinggalan memberi sumbangan tenaga dan kepakaran sepanjang aktiviti ini berlansung...


beberapa shoot sepanjang aktiviti berlansung:

puteri juga tidak ketinggalan

aktiviti sunburn

seorang pelajar dengan aktiviti tersendiri


video


keputusannya :
tempat pertama : kumpulan -----------
tempat kedua : kumpulan-----------
tempat ketiga : kumpulan ---------
~~~~~~~harap bersabar~~~~~~~

Selasa, 20 April 2010

PENGUMUMAN TERGEMPAR

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010
SMK AGAMA SIMPANG LIMA

TINGKATAN 1 , 2 DAN 3
31 MEI 2010 - 4 JUN 2010


TINGKATAN 4
20 MEI 2010 - 4 JUN 2010


TINGKATAN 5
18 MEI 2010 - 4 JUN 2010

UNTUK PENYEDIA KERTAS SOALAN, SILA KLIK DI SINI

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Selasa, 13 April 2010

Jaga Adab : Renungan buat pendidik dan pelajar

Artikel ini diambil dari laman web Ustaz Zaharuddin. Ambillah sedikit masa untuk membaca artikel ini, khususnya buat para pelajar dan juga guru agar boleh dijadikan iktibar dan panduan dalam kehidupan seharian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jaga Adab Bertambah Berkat
http://www.zaharuddin.net/
Semasa saya sedang memberikan kuliah pertama dalam kelas Fiqh Muamalat bagi pelajar tahun 3 di European Institute of Human Science. (http://www.eihs.org.uk/)
Tiba-tiba seorang pelajar dari Russia mengangkat tangan lalu bercakap dalam bahasa arab yang masih boleh saya fahami walaupun bunyinya agak sedikit kelam kabut.
Ia satu perkembangan memberangsangkan, kerana sebahagian pelajar ini dahulunya tidak mengenali huruf 'Arab, namun hari ini dalam tempoh 4 tahun, mereka sudah boleh bercakap ‘Arab dengan gaya bahasa pasar, walaupun ada kesalahan namun ia tertutup dengan gayanya yang penuh yakin.
Itulah salah satu kunci untuk berjaya dalam pertuturan bahasa, keyakinan terlebih dahulu dan diikuti pembetulan sedikit demi sedikit.
"ustaz, kami sebenarnya suka kuliah ini tetapi kami harap ustaz tidak mengambil hak kami, biasanya pensyarah memberikan kami 10 minit rehat dan tamat 10 minit lebih awal"
Panas juga saya mendengarnya, namun disebabkan ini kelas pertama dan saya juga tidak maklum kebiasaan pengajaran di sini, saya hentikan kelas untuk 10 minit sebagaimana diminta dan menyambung kembali sejurus selepas itu.

sambungannya bolehlah klik disini

Isnin, 12 April 2010

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA BULAN HEM


Pada 10 April yang lepas telah diadakan gotong royong perdana yang melibatkan guru-guru, pelajar dan kakitangan sekolah sempena Bulan HEM yang bertemakan "SEKOLAH HARMONI, WARGA SEJAHTERA".

Aktiviti bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.30.

bos (berbaju merah) memantau pekerja..

pelajar2 yang rajin bekerja

Sabtu, 10 April 2010

Pembuka Bicara

Alhamdulillah, dengan kesungguhan dan sokongan dari semua pihak, maka terhasillah blog SMK Agama Simpang Lima. Blog ini bertujuan sebagai wadah menyatukan semua guru, pentadbir, pelajar, PIBG, alumni dan mereka yang ingin mengenali dan mengikuti perjalanan sekolah dengan lebih dekat.

Rabu, 7 April 2010

PENTADBIR







JAWATAKUASA KOKURIKULUM

MAJLIS KO-KURIKULUM


Pengerusi
PENGETUA
Naib Pengerusi 1
PEN. KANAN KO-KURIKULUM
Naib Pengerusi 2
PEN. KANAN
Naib Pengerusi 3
PEN. KANAN HEM
Setiausaha
UST BAHARUDDIN SHARMAN
Naib Setiausaha
PN BUNIAMIN RAMLI

~~~~~~~AJK~~~~~~~

JAWATANKUASA HEM

Majlis HEM


Pengerusi
PENGETUA
Naib Pengerusi I
PENOLONG KANAN HEM
Naib Pengerusi II
PENOLONG KANAN 1
Naib Pengerusi III
PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
Naib Pengerusi IV
PENOLONG KANAN TING. 6

Setiausaha
PN. RUDZANNAH HASSAN



~~~~~~AJK~~~~~~
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

KETUA GURU DISIPLIN

PENGURUSAN BIMBINGAN, KAUNSELING DAN KERJAYA (UBK)

KETUA WARDEN

PENYELARAS PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID

PENYELARAS SPBT

PENYELARAS KANTIN

PENYELARAS PENGURUSAN KESIHATAN MURID
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI

PENYELARAS PENGURUSAN KELAB PENCEGAH JENAYAH

PENYELARAS PENGURUSAN ZIARAH & LAWATAN

PENYELARAS RIMUP

 

PENYELARAS PROGRAM 3K

PENYELARAS PENDAFTARAN DAN PERTUKARAN MURID
PENYELARAS PROGRAM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN TANDAS

PENYELARAS PROGRAM SEKOLAH BEBAS ASAP ROKOK

PENYELARAS BIASISWA DAN KEBAJIKAN

PENGURUS BESAR KOPERASI SEKOLAH

PENYELARAS PENGURUSAN DATA SMM
PENYELARAS PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

PENYELARAS PROGRAM SEKOLAH SELAMAT/BENCANA



JAWATANKUASA KURIKULUM

~~~~Majlis Akademik 2010~~~~


Setiausaha
Tn. Haji Nazir Surif

Pen. Setiausaha
Pn Thuwaibatul Aslamiah Khodari

---------------AJK----------------

GKMP Kemanusiaan
Tn Hj. Hamzah Mohamad

GKMP Teknik & Vokasional
Pn. Fauziah Mohammed Saad

GKMP Bahasa
Tn. Hj. Alim Marjunid

STAF SOKONGAN

DALAM PEMBINAAN

STAF AKADEMIK

DALAM PEMBINAAN

LOKASI SEKOLAH


View SMKA SIMPANG LIMA in a larger map

MISI

Kami warga SMK Agama Simpang Lima akan memastikan kurikulum dan kokurikulum Cemerlang, sahsiah dan disiplin terpuji, dalam iklaim dini yang kondusif, berteraskan Pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus, dibantu oleh hubungan komuniti yang erat.

VISI

SMK Agama Simpang Lima gemilang menjelang 2010

SEJARAH SEKOLAH

ASAS PEMBINAAN
            Sekolah ini mula dibina pada tahun 1979 dan siap pada tahun 1982. Komplek sekolah ini terletak di Kampung Sg Nipah, Mukim Pancang Bedena, Sabak Bernam, Selangor, kira-kira 12 kilometer dari pekan Sungai Besar. Mula digunakan untuk persekolahan pada bulan Januari 1982
            Pada tahun 70an, Bahagian Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor merancang untuk membina Sekolah Menengah Vokasional di Selangor dengan pembiayaan Bank Dunia. Kawasan yang dikenalpasti adalah antara Pekan Sabak Bernam dan  Pekan Kuala Selangor  untuk tapak sekolah tersebut. Hasil perbincangan dengan Majlis Tindakan Daerah dan wakil-wakil rakyat tempatan, satu kawasan di Kampung Sungai Nipah, Simpang Lima seluas 19.75 ekar telah dipilih sebagai tapak untuk pembinaan. 
            Pemilihan tapak tersebut adalah berdasarkan beberapa faktor seperti; tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang belum dibangunkan dan kewujudan sebuah sekolah vokasional pastinya dapat membantu menggiatkan serta  memodenkan lagi sektor pertanian di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, apabila sekolah ini dibuka, ia merupakan sebuah sekolah menengah biasa, bukan sekolah menengah vokasional pertanian sepertimana yang dirancang. 
            Hal ini terjadi atas sebab-sebab ::
 

simpang yang dipercayai asal kepada nama kawasan simpang lima

pekan simpang lima



simpang masuk dari jalan besar

  1. Minat penduduk setempat terhadap subjek vokasional dan potensinya kurang mendapat tempat di hati mereka menyebabkan tiada pendaftaran masuk ke sekolah ini.
  1. Rayuan penduduk Kg Sungai Nipah dan sekitar pekan Simpang Lima agar sekolah ini ditukar kepada sekolah menengah biasa kerana anak-anak mereka terpaksa bersekolah di SMK Sg. Besar / SMK Dato' Mustapha, Pasir Panjang yang terletak kira-kira 11 hingga 13 km dari rumah mereka . Sekolah tersebut pula mempunyai masalah kesesakan pelajar. 

                 Setelah rayuan tersebut diterima, sekolah tersebut beroperasi sebagai sebuah sekolah menengah biasa dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Lima.Sekolah ini berlangsung hanya selama 6 tahun sahaja apabila ia ditukar lagi kepada sekolah menengah agama dalam tahun 1988.

 

 

 penukaran nama sekolah

                
         Mulai 1988, nama sekolah ini telah ditukar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Lima kepada nama ia sekarang, iaitu SMKA Simpang Lima. Sekolah ini ditukar secara berperingkat menjadi sekolah menengah kebangsaan agama berasrama. Cadangan ini diterima oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu) dan Jabatan Pendidikan Selangor atas cadangan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam dan dikuatkan lagi dengan sokongan PIBG sekolah ini. Keputusan tersebut menggembirakan lagi penduduk setempat dan umumnya penduduk Daerah Sabak Bernam. Alasan yang dikemukakan bagi cadangan tersebut ialah:-  

 
  1. Ramai murid lepasan tahun enam yang cemerlang atau baik keputusannya dalam daerah Sabak Bernam tercicir dari  memasuki sekolah berasrama penuh yang ada kerana sebab-sebab tertentu.
  2. Kebanyakan sekolah berasrama penuh terletak jauh dari Sabak Bernam dan Tanjung Karang menyebabkan keluarga pelajar  merasa terbeban untuk sentiasa dapat melawat mereka
  3. Ibu bapa semakin cenderung untuk menghantar anak mereka ke sekolah menengah agama, walhal bilangannya terhad di kawasan luar bandar, terutamanya sekolah menengah agama yang ada kelas menengah atas dan berasrama.
  4. Untuk membina sebuah sekolah menengah kebangsaan agama berasrama penuh memerlukan kos yang tinggi.maka, bangunan sekolah ini sesuai untuk penjimatan kos.
  5. Oleh kerana tanah sekolah cukup luas, maka hasrat untuk membina sekolah menengah agama dapat dilaksanakan dan kos dapat dikurangkan (kos pembinaan asrama dan bangunan sekolah sahaja).
        Pengambilan pertama bagi SMKA Simpang Lima ini dibuat dalam tahun 1988 dengan kemasukan seramai 112 orang pelajar tingkatan satu dan ditempatkan di asrama-asrama yang menggunakan bilik-bilik darjah yang diubahsuai. Urusan pemilihan dan kemasukan mereka diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Unit Pendidikan Islam berdasarkan kecemerlangan pencapaian mereka dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mereka belajar bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Lima yang sedang meneruskan persekolahan mereka sehingga tamat di tingkatan lima pada tahun 1991.
   Pada tahun 1992, 4 (empat) buah blok asrama khas setinggi 3 tingkat telah dibina bagi menempatkan para pelajar yang selama ini ditempatkan di dalam bilik-bilik darjah yang diubahsuai. Sebuah dewan makan juga dibina sekali bagi melancarkan lagi pengurusan asrama..
   Sesudah itu, dengan berkat kegigihan ahli jawatankuasa PIBG sekolah dan masyarakat setempat serta masyarakat umum, sebuah surau yang sederhana besar memuatkan kira-kira 500 orang pelajar dapat dibina di kawasan sekolah. Kewujudan surau tersebut telah dapat menambahkan lagi kelancaran aktiviti pelajar terutama aktiviti dan urusan keagamaan serta kerohanian.
asrama putera


   Pada tahun 1998, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui RMK 6 telah meluluskan suatu peruntukan pembinaan satu blok bangunan sekolah 3 tingkat  dan 2 blok bangunan asrama setinggi 3 tingkat untuk pelajar putera dan puteri, sebuah lagi dewan makan, sebuah tangki air dan dua buah gelangang permainan serbaguna bagi menambahbaikkan lagi pengurusan dan pentadbiran serta kecemerlangan SMKA Simpang Lima. Kewujudan blok-blok asrama baru tersebut sesungguhnya telah melegakan banyak pihak, khusus para pelajar sendiri yang selama ini tinggal secara agak bersesak. Kini mereka di tempatkan secara lebih selesa dalam blok-blok bangunan asrama yang baru. Selain dari itu, pihak PIBG juga telah menguruskan pembinaan sebuah lagi surau untuk pelajar puteri dan akhirnya dapat dibina dan digunakan dalam tahun 2000.
 

 
 
laluan masuk ke asrama

   Dari sudut akademiknya SMKA Simpang lima telah mewujudkan pembelajaran tingkatan 6 sejak tahun 1993 di mana anak sulung sekolah ini telah mula memasuki universiti-universiti tempatan dan luar negara mulai tahun 1995 hinggalah sekarang.
   SMKA Simpang Lima terus maju dan berkembang dengan penuh kecemerlangan.
        Selamat maju jaya dan semoga terus gemilang.

Selasa, 6 April 2010

VISI DAN MISI

MOTO

DISIPLIN TERAS KEJAYAAN


VISI SEKOLAH

SMKA Simpang Lima Gemilang Tahun 2012


MISI SEKOLAH

Kami warga SMKA Simpang Lima akan memastikan kurikulum dan kokurikulum gemilang, sahsiah dan disiplin terpuji dan syumul, dalam iklim dini yang kondusif, berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus, dibantu oleh hubungan komuniti yang erat.

Senarai Guru SMKA Agama Simpang Lima

Pengetua
Pn Hjh Fatimah Binti Abdullah

Guru Penolong Kanan Kurikulum
Pn Hjh Zabaidah Binti Jamari

Guru Penolong Kanan HEM
Pn Hjh Noor Mah Binti Awang

Guru Penolong Kanan Kokurikulum
En Abd Aziz Bin Jusoh