SELAMAT DATANG KE SMK AGAMA SIMPANG LIMA SUNGAI BESAR SELANGOR.

Selasa, 25 Mei 2010

Samburan Hari Guru

Pada 17 Mei yang lepas, SMKA Simpang Lima telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan tema
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Sambutan ini julung kalinya dianjurkan dengan kerjasama PIBG SMKASL dan warga pelajar sendiri. Majlis telah berlansung dengan meriah dan jayanya.

Antara anugerah tertinggi guru dan kakitangan pada kali ini

ANUGERAH TOKOH GURU LELAKI
UST MOHD RAHIM

ANUGERAH TOKOH GURU WANITA
PN ZABAIDAH JAMARI

ANUGERAH  KAKITANGAN SOKONGAN
PN HABIBAH ( UMI)

Semoga sambutan di masa hadapan lebih meriah.
interframe seorang guru disebalik tudung-tudung...peace
lalala....
(DDCM )duduk -duduk cari makanan...
huaaaaaa.. (cikgu intan tu cakap gamaknya)
sebelum makan posing dulu ~
~~yang belah kiri tu tak heran lansung dengan kamera...almaklum kek lagi sedap
gapo tu???
(acara guru lelaki bermain sepak raga bulatan dan futsal.... ustaz Rahim paling happy  dan ceria masa tu (tokoh guru lah katakan...))
cikgu amik ni buat belanja ye...
(cikgu perempuan pula bermain boling buah kepala kelapa )

Isnin, 24 Mei 2010

Majlis Perpisahan Guru Praktikal


Tarikh : 14 Mei 2010
Tempat : Dewan Makan Putera SMKASL


Majlis perpisahan untuk guru-guru praktikal dari UPSI yang telah berkhidmat selama 4 bulan di SMKASL bermula dari 18.01.2010 sehingga 14.05.2010. Semoga anda semua dapat menjadi seorang guru yang cemerlang dan terbilang dalam mendidik anak-anak bangsa. Diharapkan jua tidak melupakan kami di SMKASL.

"Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi"

"hai...korang ni asik amek gambar aje...bile nak start makan ni??? " mungkin monolog cikgu darunai

mai makan

turut meraikan harijadi guru dan staf yang lahir pada bulan mei

Cikgu Syafaat menyampaikan kata-kata penghargaan kepada guru-guru smkasl

Hari Anugerah Kecemerlangan ke 22

Tarikh : 8 Mei 2010
Tempat : Dewan Al - Biruni

Hari Anugerah Kecemerlangan ini adalah bertujuan untuk meraikan guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah cemerlang dalam mengajar mahupun belajar. Diberikan sedikit cenderahati sebagai tanda hasil usaha mereka dihargai dan semoga akan dapat menyumbang bakti lagi kepada SMKA Simpang Lima.



Tn.Hj Abdul Rashid memeriksa barisan

Ahad, 2 Mei 2010

KELAB GURU SMKASL VS KELAB GURU SMKA KUALA SELANGOR (guru perempuan shj)

SIMPANG LIMA VS KUALA SELANGOR
Pada hari khamis yang lepas (29/4/2010) telah diadakan perlawanan persahabatan antara KELAB GURU SMKASL dan KELAB GURU SMKA KUALA SELANGOR. Tiga perlawanan telah diadakan, badminton dan bola tampar untuk guru lelaki dan pentaque untuk guru perempuan.
Akibat kedua-dua pasukan terlalu hebat, maka perlawanan berakhir dengan seri. Tahniah buat guru-guru SMKASL yang hebat-hebat belaka!!!

aktiviti belajar membilang satu dua tiga...


berebut duduk bawah payung takut kena cahaya ultra ungu!!! almaklum sekarang ni musim panas + ozon yang semakin menipis


wehhh...korang tengok tuuu...

ni...tengok ni...

apabila perut berbunyi...

Diharap aktiviti ini boleh menjadi aktiviti tahunan kelab bagi mengukuhkan ukhwah antara sekolah dan kakitangannya

SMKASL TERUS GEMILANG

Pada 29/4/2010, hari Khamis telah berlansung uji bakat "Majlis Taradus Al-Quran" atau lebih popular dengan nama MTQ 2010 yang diadakan di PPP Sabak Bernam.

Alhamdulillah, dengan izin-NYA, sekolah kita telah berjaya menjadi johan/ naib dan seterusnya johan akan mewakili daerah ke peringkat negeri dalam beberapa pertandingan yang dijalankan antaranya yang berjaya

Tilawah Al-Quran
Amirul Arif b. Mohd Kamel- Johan Lelaki
Tahfiz al-Quran
Nor Suhaida bt Kahar - Johan Perempuan
Syahmi Sulaiman - Naib Johan Lelaki
Syarahan
Nurul Husna As Saedah bt Bain - Johan
Sama-samalah kita doakan kejayaan bagi pelajar yang bakal ke peringkat negeri yang akan berlansung pada 08/05/2010 di SAM Bestari, USJ Petaling Jaya. Insya-Allah