SELAMAT DATANG KE SMK AGAMA SIMPANG LIMA SUNGAI BESAR SELANGOR.

Khamis, 3 Jun 2010

UNTUK MAKLUMAN GURU-GURU

MAKLUMAN SEMUA GURU SMK AGAMA SIMPANG LIMA

SILA AMBIL PERHATIAN

TARIKH

PERKARA

TINDAKAN

22 JUN 2010 (SELASA)

TARIKH AKHIR MEMASUKKAN MARKAH KE DALAM SAP

GURU MATAPELAJARAN

25 JUN 2010

(JUMAAT)

PELAJAR MENYEMAK MARKAH

UNIT PEPERIKSAAN

28 JUN 2010

(ISNIN)

PEMBETULAN MARKAH DI SISTEM

UNIT PEPERIKSAAN

5 JULAI 2010

(ISNIN)

SLIP PEPERIKSAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA GURU KELAS UNTUK ULASAN DAN TANDATANGAN

UNIT PEPERIKSAAN

8 JULAI 2010

(KHAMIS)

SLIP PEPERIKSAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA PENGETUA DAN GURU KANAN

GURU KELAS

13 JULAI 2010

(SELASA)

SLIP PEPERIKSAAN AKAN DISERAHKAN KEPADA GURU KELAS

PENGETUA/ GURU KANAN

16 JULAI 2010 (JUMAAT)

PERTEMUAN TIGA PENJURU – PERJUMPAAN GURU KELAS DENGAN PENJAGA

GURU KELAS



KERJASAMA DARI SEMUA GURU AMAT-AMAT DIHARGAI

Rabu, 2 Jun 2010

PEPERANGAN BERMULA...


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 SMKASL telah bermula dari 14 Mei hingga 4 Jun. Para pelajar tingkatan 5 telah menduduki peperiksaan di dewan besar selama tiga minggu, memberi suasana sebenar seperti peperiksaan SPM yang bakal menjelang. Tambah pula soalan ada selaras disediakan dari JPN.


Seperti kata panglima perang Cina , Sun Tzu dalam kitab Seni Peperangan :

" kenalilah musuh kamu, dan fahamilah tentang diri sendiri, kamu tidak akan kalah dalam seratus peperangan "

Setiap pelajar perlulah mempunyai persediaan mental dan fizikal yang rapi, membuang sifat-sifat buruk dan menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

antara musuh yang perlu dibuang:
  • malas
  • menangguh kerja
  • berfikiran negatif
  • hasad dengki
  • tamak
  • pentingkan diri sendiri
  • melawan kata guru
  • tak siapkan kerja yang diberikan
  • tidur dalam kelas
  • membuli
  • mencuri
  • makan rezeki yang haram
  • dll
Benih-benih kebaikan tak perlu dibeli, cuma dicari di dalam hati.... bersihkan hati dahulu...tanamkan sifat keihklasan agar dada sentiasa lapang untuk menerima kebaikan yang ada di sekeliling kita.


Namun, ada juga yang surrender, menyerah kalah dengan sang algojo ~mengantuk... maka lenalah ia di pembaringan. (namun mereka juga hebat kerana dapat menamatkan peperangan dengan cepat)

SELAMAT MENJAWAB SOALAN & SELAMAT BERCUTI