SELAMAT DATANG KE SMK AGAMA SIMPANG LIMA SUNGAI BESAR SELANGOR.

Ahad, 6 Mac 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH 2011

Pada pagi 5/3/2011 yang indah dan ceria, telah berlansung PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH 2011. Cabaran yang sengit diberikan oleh semua pasukan yang bertanding. Pelbagai gelagat dan aksi yang berlaku sepanjang pertandingan berlansung. Meh kita tgk sedikit shoot semasa hari kejadian...

PEMENANG PASUKAN PUTERI:
JUARA: PBSM
NAIB JUARA: JPA
TEMPAT KETIGA: PANDU PUTERI

PEMENANG PASUKAN PUTERA:
JUARA: KADET POLIS
NAIB JUARA: PBSM
TEMPAT KETIGA: KRS

PUTERI ISLAM 
JPA 3 - PUTERI
PENGAKAP - PUTERA
KRS
KADET POLIS
JPA3 -PUTERA
PBSM
debaran sebelum pengumuman pemenang
beng-beng boom
yang hujung kiri tu nak hala ke mane?

anak sapo nih...
kawad sorang-sorang...
kami juara...yeahhhhh....!!

Sabtu, 9 Oktober 2010

JAMUAN EXCO ASRAMA DAN PENGAWAS

11 Oktober; bertempat di Restoren Lembah Bernam telah diadakan majlis makan malam meraikan exco2 asrama dan pengawas sesi 2009-2010 yang telah "bersara" dari tugas masing-masing dan diganti dengan barisan kepimpinan yang baru.

Majlis dihadiri oleh warden-warden, Penolong-penolong Kanan dan staf.













AKTIVITI SPBT


Pada Jumaat lalu (8 Okt) AJK SPBT telah menjalankan aktiviti mengemas buku-buku teks dan bilik BOSS. Aktiviti ini telah dipantau oleh Cikgu Ruzita.


pelajar yang gigih

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Isnin, 4 Oktober 2010

BERMULANYA PMR..

 5 OKTOBER merupakan tarikh yang cukup mendebarkan bagi pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia; termasuklah di SMKASL. (sekarang juga telah berjalan percubaan SPM dan STPM)
Debaran bukan hanya bagi pelajar semata-mata, malah guru ibu-bapa, PPD, kementerian dan semua merasai 

Sentuhan azimat yang diadakan pagi tadi diharap dapat menyuntik semangat terakhir dan keberkatan kepada pelajar untuk menghadapi pertempuran di dalam dewan peperiksaan.

Semua guru mendoakan kejayaan buat kalian.

"selamat berjaya..." - bonda pengetua

Cikgu Darunai sebagai pengerusi majlis

Adik Amirul membakar semangat juang rakan2























 

putera- khyusuk mendengar amanat

puteri- tak sabar nak masuk dewan


ibu bapa yang turut hadir memberi sokongan dan peransang untuk anak-anak tersayang

 selepas majlis, semua bertebaran dengan seribu perasaan dan harapan



mohon restu dari guru

Khamis, 3 Jun 2010

UNTUK MAKLUMAN GURU-GURU

MAKLUMAN SEMUA GURU SMK AGAMA SIMPANG LIMA

SILA AMBIL PERHATIAN

TARIKH

PERKARA

TINDAKAN

22 JUN 2010 (SELASA)

TARIKH AKHIR MEMASUKKAN MARKAH KE DALAM SAP

GURU MATAPELAJARAN

25 JUN 2010

(JUMAAT)

PELAJAR MENYEMAK MARKAH

UNIT PEPERIKSAAN

28 JUN 2010

(ISNIN)

PEMBETULAN MARKAH DI SISTEM

UNIT PEPERIKSAAN

5 JULAI 2010

(ISNIN)

SLIP PEPERIKSAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA GURU KELAS UNTUK ULASAN DAN TANDATANGAN

UNIT PEPERIKSAAN

8 JULAI 2010

(KHAMIS)

SLIP PEPERIKSAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA PENGETUA DAN GURU KANAN

GURU KELAS

13 JULAI 2010

(SELASA)

SLIP PEPERIKSAAN AKAN DISERAHKAN KEPADA GURU KELAS

PENGETUA/ GURU KANAN

16 JULAI 2010 (JUMAAT)

PERTEMUAN TIGA PENJURU – PERJUMPAAN GURU KELAS DENGAN PENJAGA

GURU KELAS



KERJASAMA DARI SEMUA GURU AMAT-AMAT DIHARGAI

Rabu, 2 Jun 2010

PEPERANGAN BERMULA...


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 SMKASL telah bermula dari 14 Mei hingga 4 Jun. Para pelajar tingkatan 5 telah menduduki peperiksaan di dewan besar selama tiga minggu, memberi suasana sebenar seperti peperiksaan SPM yang bakal menjelang. Tambah pula soalan ada selaras disediakan dari JPN.


Seperti kata panglima perang Cina , Sun Tzu dalam kitab Seni Peperangan :

" kenalilah musuh kamu, dan fahamilah tentang diri sendiri, kamu tidak akan kalah dalam seratus peperangan "

Setiap pelajar perlulah mempunyai persediaan mental dan fizikal yang rapi, membuang sifat-sifat buruk dan menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

antara musuh yang perlu dibuang:
  • malas
  • menangguh kerja
  • berfikiran negatif
  • hasad dengki
  • tamak
  • pentingkan diri sendiri
  • melawan kata guru
  • tak siapkan kerja yang diberikan
  • tidur dalam kelas
  • membuli
  • mencuri
  • makan rezeki yang haram
  • dll
Benih-benih kebaikan tak perlu dibeli, cuma dicari di dalam hati.... bersihkan hati dahulu...tanamkan sifat keihklasan agar dada sentiasa lapang untuk menerima kebaikan yang ada di sekeliling kita.


Namun, ada juga yang surrender, menyerah kalah dengan sang algojo ~mengantuk... maka lenalah ia di pembaringan. (namun mereka juga hebat kerana dapat menamatkan peperangan dengan cepat)

SELAMAT MENJAWAB SOALAN & SELAMAT BERCUTI

Selasa, 25 Mei 2010

Samburan Hari Guru

Pada 17 Mei yang lepas, SMKA Simpang Lima telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan tema
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Sambutan ini julung kalinya dianjurkan dengan kerjasama PIBG SMKASL dan warga pelajar sendiri. Majlis telah berlansung dengan meriah dan jayanya.

Antara anugerah tertinggi guru dan kakitangan pada kali ini

ANUGERAH TOKOH GURU LELAKI
UST MOHD RAHIM

ANUGERAH TOKOH GURU WANITA
PN ZABAIDAH JAMARI

ANUGERAH  KAKITANGAN SOKONGAN
PN HABIBAH ( UMI)

Semoga sambutan di masa hadapan lebih meriah.
interframe seorang guru disebalik tudung-tudung...peace
lalala....
(DDCM )duduk -duduk cari makanan...
huaaaaaa.. (cikgu intan tu cakap gamaknya)
sebelum makan posing dulu ~
~~yang belah kiri tu tak heran lansung dengan kamera...almaklum kek lagi sedap
gapo tu???
(acara guru lelaki bermain sepak raga bulatan dan futsal.... ustaz Rahim paling happy  dan ceria masa tu (tokoh guru lah katakan...))
cikgu amik ni buat belanja ye...
(cikgu perempuan pula bermain boling buah kepala kelapa )