SELAMAT DATANG KE SMK AGAMA SIMPANG LIMA SUNGAI BESAR SELANGOR.

Selasa, 13 April 2010

Jaga Adab : Renungan buat pendidik dan pelajar

Artikel ini diambil dari laman web Ustaz Zaharuddin. Ambillah sedikit masa untuk membaca artikel ini, khususnya buat para pelajar dan juga guru agar boleh dijadikan iktibar dan panduan dalam kehidupan seharian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jaga Adab Bertambah Berkat
http://www.zaharuddin.net/
Semasa saya sedang memberikan kuliah pertama dalam kelas Fiqh Muamalat bagi pelajar tahun 3 di European Institute of Human Science. (http://www.eihs.org.uk/)
Tiba-tiba seorang pelajar dari Russia mengangkat tangan lalu bercakap dalam bahasa arab yang masih boleh saya fahami walaupun bunyinya agak sedikit kelam kabut.
Ia satu perkembangan memberangsangkan, kerana sebahagian pelajar ini dahulunya tidak mengenali huruf 'Arab, namun hari ini dalam tempoh 4 tahun, mereka sudah boleh bercakap ‘Arab dengan gaya bahasa pasar, walaupun ada kesalahan namun ia tertutup dengan gayanya yang penuh yakin.
Itulah salah satu kunci untuk berjaya dalam pertuturan bahasa, keyakinan terlebih dahulu dan diikuti pembetulan sedikit demi sedikit.
"ustaz, kami sebenarnya suka kuliah ini tetapi kami harap ustaz tidak mengambil hak kami, biasanya pensyarah memberikan kami 10 minit rehat dan tamat 10 minit lebih awal"
Panas juga saya mendengarnya, namun disebabkan ini kelas pertama dan saya juga tidak maklum kebiasaan pengajaran di sini, saya hentikan kelas untuk 10 minit sebagaimana diminta dan menyambung kembali sejurus selepas itu.

sambungannya bolehlah klik disini